Hidup Mulia Atau Mati Syahid

Cari Blog Ini

Minggu, 13 Juni 2010

cita-cita

Hai kawan-kawan,saya Amanda. Tajuk karangan saya ialah 'Cita-cita saya.'

Seperti orang lain,saya juga mempunyai cita-cita sendiri. Cita-cita ialah kerjaya pada masa depan. Cita-cita saya ialah doktor. Saya ingin menjadi doktor kerana saya ingin membantu orang lain mengubati penyakit yang mereka sedang hadapi.

Kerjaya seperti doktor,bagi saya ia suatu pekerjaan yang sangat susah. Seorang doktor tidak mementingkan diri sendiri. Mengapa saya berkata demikian? Ia kerana seorang doktor sanggup pergi ke hospital pada lewat malam hanya untuk menyelamatkan seseorang daripada kehilangan nyawa!

Selain dapat mengubati orang,saya juga berpeluang belajar di luar negara. Sambil belajar,saya juga boleh melawati tempat-tempat yang menarik di negara tersebut. Oleh demikian,kawan-kawan menjadi seorang doktor bukannya mudah. Jika kita benar-benar ingin memiliki kerjaya pada masa depan,berusahalah dengan tekun.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar